from me, FHND 3A.

7:35 AM
Back from hectic days.. hahah, sampai rase taknak buat post lagi da post kat blog yang tak seberapa ni..
anyways, ntuk classmate aku semester julai-disember 2010, aku ade hadiah ntuk korang, tribute ntuk kita sekelas.. ntuk yang hampir berkaitan jugak bleh tengok video nih. haha.. silakan.





p/s: satu masalah pasal video ni, kalo korang pergi kebelakang balik, lagu akan start balik.
aku pun tak tau kenapa, lagi satu, sebenarnya aku nak post video ni kat facebook tapi tak boleh. sebab? takleh download, kena bayar dulu. cilake punye website, dah siap baru bagi tau kena bayar. anyway, aku akan cari cara gak nak dowload video ni dan sesapa kalo boleh download tolong bagitau aku ok??
Read On 0 comments

DRAGONICA

10:39 AM
hello!!
selamat pagi/tengahari/petang atau malam!

post kali ni pendek jer. memandangkan dah tak ada idea dan takde game nak main sekarang ni..

dragonica, game online RPG yang aku baru cuba main. memula aku memang malas kalau ak main game-game  online nih, payah.. tapi pas tengok kengkawan aku main, tambah plak ngan charcter diorang yang cute. terus aku main.. hahaha..


 kat bawah ni gambar character yang aku pakai, HikariMami.. kenapa perempuan?? korang boleh pikir sendiri apa senangnya pakai character perempuan.. haha..
gambar ni aku snap waktu baru masuk level 32 (aku baru main lah!), skang ni level dah tinggi sikit dah~

kalo korang berminat nak main, daftar ngan download game ni kat dragonica.iahgames.com/
sila abaikan link kat gambar pertama tu..

okay, kalo nak cari aku, aku ade kat server Kaye..
selamat bermain!!

any way, time cuti ni susah la sket nak jumpa aku.. komputer/laptop tak larat nak bukak..
huhu.. T^T
Read On 18 comments

selatan, selatan, selatan??

11:27 PM
semuanya baru jadi tadi..
haiz..

dalam pukul 10.30 pagi, haah, 10.30 pagi, first time jadinya benda mengarut dalam hidup aku sebagai seorang yang suka berjalan pergi tempat orang..

LRT Bandar Tasik Selatan, pas turun daripada KTM kat sebelah, first time aku naik LRT kat situ, biasanya naik kat KL Sentral, atas cadangan ayah aku, aku pun cuba test pergi Pekeliling daripada stesen tu..

lepas berpecah dengan Ashran, Afiq ngan Amir, aku cuba test pergi ke stesen Titiwangsa ngan sendiri dengan bangganya..

pas diorang blah, aku naik tren yang seterusnya, terget: Titiwangsa.

lpas aku naik tren tu, aku rasa lain macam, betul-betul lepas pengumuman  operator tren tu:
''Stesen berikutnya, Jalan Tun Razak"..

hah??
tu bukan patah balik??

terus aku turun kat stesen tu, tunggu tren daripada jalan sebelah, mungkin tu yang betul, rasanya.

tren seterusnya sampai,
aku naik,

then, pengumuman operator:
"Stesen berikutnya, Tasik Selatan"

??!!!
apa nih??
apsal aku rasa macam pusing-pusing kat tempat sama jer??

tension terjadi,
ayah aku mesej: "da sampai mner?"

ah sudah,
aku pun dah 'sesat'.

trus pegi mesej Ashran:

aku: skali salah daa..
ashran: btoi la..pa yg slahnya?
aku: mne ade. tu patah balik ke bdr tsik slatan.
ashran: btoi la..mmg ptah blik..dh ni pi ttwngsa..
aku: cilake, ptt aku ikt ang td.
ashran: klaw ikot aku dya pi sri ptling..
aku: aah, aku slah. ptt kne pegi sntul tmur. 2 kli dh (patah balik).. hahaha..  = =''
ashran: haha..bngong btoi..pdan mka ang..ngok ngek

= =''
sampai ati,
tapi kalo nak pikir balik, tu memang salah aku.
apsal tak baca route betul-betul??
sampai abes sume orang nak pegi tnya..??

masalah utama kat sini, kenapa tak baca route tu betul-betul??
yang jadi masalah: time dari Bandar Tasik Selatan ke Bandar Tun Razak, aku ingat aku daripada Salak Selatan,
tu yang jadi punca aku berulang antara Bandar Tun Razak ngan Bandar Tasik Selatan..

||orz|||

lastly, lepas puas merepek kat LRT, baru aku selamat sampai kat Titiwangsa yang sepatutnya aku boleh sampai 1 jam awal..

ades..

anyway, alhamduillah aku sampai kat Kuantan dan mak ayah aku jemput aku kat sana.





lastly, hadiah daripada famili aku,


satu lagi,
marilah sama-sama kita membacakan Al-Fatihah kepada sahabat mak aku yang baru pergi ke Rahmatullah pada pagi tadi..

Al-Fatihah..


p/s: paham tak cerita nih?? aku rasa aku pun dah tak paham apa yang aku tulis..

feel free to comment!!
Read On 0 comments

Selamat Hari Raya Aidil Adha!!

11:45 PM
okey, aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha untuk semua kawan-kawan yang mengenali aku nih. mintak-mintak time cuti gap sblom paper final pasni dapatla satu dua idea.. ada idea takk??

skali lagi, selamat menyambut hari raya aidil adha!!
Read On 0 comments
Read On 1 comments

[2ch] Bunuh Diri 'Live'

12:03 AM
ok, sori kalo lama dah tak post.. time ni, lebih-lebih lagi kalo nak exam ni, mesti duk menung banyak, kalo tak pun main game je tau.. daripada duk wat benda yang kurang berfaedah tu, cuba cari sikit topik kan?

so, aku pun start mencari idea untuk ditulis..

apa yang aku jumpa, ada aku tulis kat tajuk post nih. [2ch] 'bunuh diri'..

aku seram sikit kalo ade cerita kes-kes macam ni tapi tajuk ni menarik perhatian aku, so, aku cuba tulis apa yang seboleh aku tulis..

2ch, setahu aku, laman web yang terkenal dengan pelbagai forum, secara live atau tidak, menjadi trend kat sana..

okay, start cerita..

'' seorang lelaki 'mementaskan' perbuatan bunuh dirinya dan mati dalam percubaannya di videostream kat 2ch.''



okay, tu gila. siap buat 'live' lagi.

seorang lelaki 24 tahun, penduduk Sendai, menyertai 2ch dan mengadu yang dia tertekan dengan hidupnya yang sukar mendapat pekerjaan selapas menamatkan pelajaran, masalah dengan pasangan dan rakan-rakan..

hal ini semakin serius apabila dia menyatakan ingin membunuh diri beberapa kali di laman web tersebut sehinggalah dia benar-benar membunuh diri pada 9 november.

cerita selanjutnya ada di sini:
http://www.sankakucomplex.com/2010/11/12/man-hangs-himself-at-2chs-behest/
*laman web ni mengandungi content-content yang tidak sepatutnya untuk kanak-kanak bawah umur, so sila masuk dengan risiko sendiri.. haha*

*cukup dengan ayat skema*

dah, kenapa nak sangat bunuh diri kalo rasa hidup ni susah?? banyak cara lain lagi kan kalo nak hidup?? aku faham, Jepun memang banyak kes bunuh diri kalo nak direkodkan..

yang paling aku tak paham, kenapa dia nak bunuh diri secara live?? bukan tu akan menganggu suma orang yang masuk ke channel tu? tapi aku rasa tak kot, sebab artikel tu cakap berlambak-lambak orang masuk live stream tu time mamat tu bunuh diri..

haiz..
aku pun taktau nak cakap apa..
untuk semua pembaca *kalau ada*, jangala bunuh diri.. tak kira semua agama, bangsa atau apa sekalipun..

ape yang best bunuh diri?? bukan tu namanya seksa diri??  sah-sah kena struggle sebelum mati kan? pikirla sket..

haha.. aku pun taktau apa yang aku merepek..

anyways, thanks sebab baca post nih..

kalo ade apa-apa pandangan atau apa korang nak cakap, feel free to comment.
thanks.
Read On 0 comments

Perhatian.

6:07 PM
okeh,
aku ucapkan terima kasih bebanyak sebab rela baca post tak bermakna nih.
aku cuma nk bagitau yang blog nih dah takde Malware kacau buat masa ni lagi..

so, sila baca tanpa ragu-ragu eh??
tengkiu.

p/s: kalo korang sedar, suma post sebelum post nih kuar hari yang sama kan??
Read On 0 comments

Facebook? Komen? Emo? Huh..

5:56 PM
WARNING: sorry kalo ade kandungan post ni buat korang terasa.. aku mintak maaf bebanyak.. ini hanyalah untuk ikhtibar saja.. jangan jadi camni..

Eyp!!
sorry lama aku tak update blog ni.. bukan apa, aku malas takde idea lagipun.. susah nak cari idea kalau duk menghadap facebook hari-hari.. tapi, tengs to facebook cause bagi aku idea nak post hari ni..


facebook. Connecting People around the world.

yes, i approve it. aku ngaku fesbuk tu tempat untuk cari kawan.. bukti?? kawan baik aku yang dah lost contact time darjah 6 jumpa balik pada umur aku 19 tahun?? lama jugak lar.. 7 tahun.. tapi tak selama mak aku lost contact dengan member dia.. 25 tahun woo.. aku umur baru 19..

okay, cukup..

facebook ni cukup best, sesiapa yang suka menghadap fesbuk akan menjadi kemaruk, dan bila kemaruk semua kerja tak jadi.. aku pun begitu jugak, tapi selalunya time cuti semester ni main Ninja Saga jer.. tapi ninja saga pun bleh jadi kemaruk jugak kan? pelik aku..

part yang best kat fesbuk: Status update..
semua orang tulis memacam kat situ.. memanglar, kalo tak letak apa-apa kat situ, buat apa ada fesbuk? yang lagi bestnya, segala apa yang korang tulis, kutuk, semua terpapar kat comment box tu.. kalo silap tulis boleh jadi gaduh woo..
tapi penggunaannya boleh jadi annoying.. dengan application update 10 minit skali, dengan apa yang dia buat sampaikan nak pergi berak pun nak update dan segalanya..

bagi aku tahap annoying bagi status camni aku boleh bagi 3/5.

tapi yang paling annoying bagi aku kalo ade sesiapa yang update pasal perasaan dia.. tu aku bagi 8/5..
gaduh ngan awek, tulis.. kucing rembat makanan, tulis.. kalo dia cakap cam "kucing aku rembat makanan aku.. aduh.. sian aku..".. okeh, tu ade bunyila manja sket.. kalo perempuan tulis lar.. ni tak, nak tulis "aku bad mood, kucing rembat makanan aku, sape kaco aku aku delete dari fren!"

okay, wadafak..

kes tu memang benar. aku tak tipu.. memang ada.. dan mangsanya, aku.. (padan muka, sapa suruh kacau??)

aku balas lah comment tu.. bukan niat nak offensive (hanya bergurau) tapi apakan daya, comment tu dianggap offensive..

biasalar.. kata facebook, place for friends.. kalau bab nganjing (kutuk) komen camtu biasalar.. aku baisa kena.. tapi aku tak wat status update camtu.. selalunya aku tulis status pelik-pelik jer..

cukup..

ni masalahnya kalo emosional sangat. ape ke benda wat status camtu? kalo taknak kena kacau, janganlar tulis status camtu.. wat orang tau korang ni jenis susah nak berkawan.. kesabaran nipis cam kulit bawang..

anyway, nak delete, delete lah.. aku nak cakap apa?? (sedih lah gak hilang kawan)..

result kalo korang wat status dan tindakan camtu: orang akan menyampah kat korang..

sebelum aku tutup forum nih, ada lagi statu yang aku leh kasi tahap annoying 5/5.. perfect 5..
example: anta comment-comment jiwang ke profile makwe.. lagi sakit kalo add kedua-dua couple tu.. penuh kat news feed.. dari perbincangan di antara para member aku nilah perkara paling annoying bagi diorang..
duk berbalas komen sampai nak 100 comment lak tu.. last-last ade orang mencelah: "woi, korang takde enset ker??"

haha.. tu semua merepek..
tapi skang aku pun dah nak jadi camtu gak..
haha, susahlar.. = =''

apa pendapat korang?? sila cakap kat comment box okay??

anyway, klik nuffnang tau??
Read On 3 comments

Otaku Korea kahwin dengan Dakimakura??

5:56 PM
sori kalo post ni korang kata dah out-of date~

okeh, ni giler, baru tahun lepas dah kecoh pasal ade sorang otaku [peminat manga/ anime] jepun kawen dengan Nene Anegasaki [watak game Love Plus dalam Nintendo DS], dah ade lak orang kahwin ngan bantal peluk sendiri pulak.. tak cukup manusia ker kat bumi ni sampai nak kawin ngan 'orang' selain manusia lak..?

susah betul kalau jadinye kes obses nih..

aku minat gak anime/manga nieh [tapi lum jadi otaku lagi] tapi nak kawin ngan di'orang'~?

sorrylar, tu pun kalo dah takde manusia lain lagi dah kat bumi ni..

kalo muka manusia yang macam karakter anime/manga ajak kawin takpe tapi bukan bantal atau dalam game eh??? cuba pikir, cmner manusia nak bertambah??

heh~

ni antara gambar yang dapat aku kasi untuk diceritakan~ gambar lebing banyak makna dari kata-kata~




nilah gerangan manusia yang telah 'mengahwini' bantal peluknya~

Fate Testarossa


SAL 9000~ mamat yang berkahwin ngan watak dalam Love Plus [Nintendo DS]

Nene Anegasaki~ antara watak utama dalam Love Plus

dunia sekarang makin pelik~??

selebihnya cerita yang sebenar ada kat sini
Read On 0 comments

Ada apa ngan KTM Komuter?

5:55 PM
dah klik nuffnang? he~
sekadar hiasan..

dari pandangan korang, transit ape yang best bagi korang? bas atau tren? bagi aku yang best ialah tren. ade sebabnyer.. bukan aku saje cakap.. sebabnye, aku rela 'jem' kat dalam daripada 'jem' kat luar terutamanya kalo korang nk grak kat KL. aku naik tren satu sebab, nak blik umah nenek dan makcik aku. balik umah aku naik bas lah, maner ade tren pegi umah aku..

okey, stop merepek..

dari pengamatan aku, kali terakhir naik tren ialah lbih kurang beberepa hari lepas. kejadian terakhir semasa aku naik tren telah mengubah persepsi tren terhadap aku.

start daripada Kajang, aku amik keputusan nak naik tren ke Tanjung Malim, umah nenek dan makcik aku. trip yang sampai pertama kat aku buat aku tak jadi naik. sendat.. giler ape aku nak naik? aku start masuk kaki pun tak lepas. lastly aku amik keputusan naik trip selepasnye.

dan dan aku naik tren tu aku terase sesuatu yang tak kena.. penuh? betul tapi tak tepat [ibarat kata Izwan].. air-cond rosak~!!

okay~ so wadafak..

dengan keadaan sesak barat tu dipenuhi ngan takde air-cond.. memang panas gila.. sengsorang peluh cam kena siram sebab mengendap orang mandi..

aku kesian kat sorang brader ney.. dari stesen pertama sampai aku naik dia kata dah tukar 4 kali tren.. sumer dia kata panas.. haha, nak pegi pavilion punyer hal, tak pasal-pasal kena mandi dulu sebelum masuk..

okay, kita sambung balik..

dekat sejam aku megadap panas dan sesak camtu.. peluh toksah cerita lah.. dengan badan sihat cam aku ni mesti lebih daripada orang lain punya.. aku ingat lagi no tren tu.. T8**2.. disebabkan jasa sorang makcik ni yang dah tension mengadap tren takde air-cond sampai 3-4 kali, dia trus call KTM mengadu tren takde air-cond.. sesampainya tren kat stesen Putra, azab tu sumer dah selesai..

satu lagi kejadian yang memeningkan kepala dan memenatkan kaki aku.. apsal oang ramai sangat arini? setau aku start sampai kat Putra mesti aku dah dapat seat dah tapi kali ni tak.. giler ramai..? sesampainya Rawang untuk pertukaran tren baru aku dapat duduk..


jadual tren KTM Komuter.. takde lak nama Tanjung Malim kat sini? Tanjung Malim selepas K. Kubu Baharu..
[klik untuk tengok lebih jelas]

sesampainya kat Rawang, still jadi mende yang sama.. apsal ramai sangat arini? ahh~ aku dah tak kisah dah sumer tu.. aku dah sehari tak tido mngadap assignment.. sampai Tanjung Malim aku bangun..

P/S: korang penah kena camni?


takde niat nak condemn, cuma nak share apa yang trjadi..
Read On 0 comments

Twitter.

5:49 PM
klik kalo nak baca dengan jelas..


okay.. aku dapat email ni daripada twitter team selepas ter'baca' direct message daripada salah sorang orang yang aku follow.. aku tak salahkan dia, bukan dia hantar.. pisher.. salah aku pegi bukak buat apa? akibat ter'buka' direct message tu komputer aku jadi pelik jap, terikh dia jadi 2003.. skang 2010 kan? satu lagi, twitter aku terus takleh pakai.. tukar password pun takleh.. cilaker punyer pisher..

anyway, aku akan tukar segalanya daripada twitter account dan mungkin juga blogger id jugak.. aku nak seragamkan semua data aku..

sekian..

ni twitter baru aku~


P/S: apa perasaan korang kalo kena gini?
Read On 0 comments

Dollfie

5:47 PM
time bosan cari topik, aku jumpa nih.. sebenarnya aku tau lama dah.. cuba tengok semua gambar patung ni.. cantik tak?


saber, antara watak anime yang aku minat.. nape? toksah tanye ah..
ha~ kan? di'orang' ni just patung jer tapi dibuat secara teliti.. daripada muka, badan, kaki, semuanya.. kalau nak dikatakan pasal harga memang giler la.. tapi kalo dapat memang berbaloi.

fakta: majoriti orang yang kumpul Dollfie ni lelaki.

Lelaki?

yes, korang tak salah, memang lelaki. tapi diorang kumpul tak macam bebudak perempuan main time kecik-kecik dulu tu.. paling cun pun Barbie..
tapi kalo nak dapat patung ni korang kena tempah dulu [tu kalau ada], bentuk badan, pakaian dan muka.
kalau nak citer pasal badan.. ni ntuk orang yang layak lar.. korang bleh tentukan saiz dada dia, punggung dan sebagainya.. camner harganya tak mahal giler? so tak mustahilah kalo ade dollfie tu rupa dia meyerupai watak-watak anime atau seseorang.. kan? lagi, kalau nak kate korang nak beli dollfie ni gitu jer baik tak payahlar.. korang mesti.. mesti dapatkan skali aksesori diorang..

ok, stop merepek.. thank sbb sudi buang masa jap baca post ni..
ni antara gambar dollfie yang aku leh bagi..

saber lagi..
saber alter.. ni nama gaya yang dikenakan pada dollfie nie..

lelaki pun ade..

kalu nak tau banyak artikel tentang dollfie dan segalanya tentang dollfie, korang leh gi sini..

P/S: best ker ade patung camni ha? kalo best aku pun naklah..
Read On 0 comments

Reminiscence pasal PLKN~

5:45 PM
soundtrack~ klik kalo nk dapat feel sambil baca~ jangan kisah sangat lirik dier..

Masa aku tulis blog nie [2 Mac 2010], beberapa hari sebelum setahunnye aku tinggalkan PLKN, aku teringat balik segala kenangan sewaktu kat PLKN [eceh, jiwang lak~!], sumer nye happy, sikit jer yang wat aku sakit ati..

Sumernye bermula kat sini.. [kebanyakan cerita berdasarkan ape yang aku ingat dan apa yang aku catat sikit-sikit kat buku.. bukan diari..]

start aku nampak papan besar ni aku rase teruja giler nak masuk kem nieh. kem ni kecik jer, tak macam kem lain.. sumernye besar-besar.. besar sangat nak watper? time daftar dulu gila panas, tak tau nape.. sebab hutan kot? ntah? macam-macam benda nak kena buat time daftar tu.. naik turun bukit, carik bilik yang takde tanda, sumernye serabut.. sape duk Kempas 2 skali ngan aku dulu? susah kan nak cari bilik kite? haha.. dengan kuasa tuhan yang maha esa, Dia turunkan hujan time panas terik tu, sume seronok abes.

time kat PLKN, sumer benda aku cuba, tak kira kat kelas [kelas apa ek?], aktiviti, semuanya kecual TTS [Tempur Tanpa Sejata] sebab malas nak buat kekuda dan skill lain ntah.. lagipun time aku masuk PLKN tu betul2 lepas abes SPM, takde tension sangat nak pikir result aku kantoi, nak msuk U maner.. takde.. sume buat sukati cam budak kecik. jalan-jalan pegang cawan main cam walkie-talkie tiru cam jurulatih.. baring kat tengah jalan waktu semua orang kat keliling kita.. berenang kat atas jalan [haha, tu yang kena denda.. sori pada yang terase..].. main bola tampar cam orang bodo.. katenye main ikut nafsu, pukul kuat sesuka hati, dan lain lagi.. nak cakap tu memang banyak, dah takde kerja, buat jela sukati biarpun dalam kawalan jadual.. time balik tahun baru cina tahun tu lah paling buat aku serabut nak balik.. kalo yang berkenaan tahulah..

aktiviti ape yang best bagi aku? haha~ Senam Seni~ senam seni ni macam satu tarian tapi dalam bentuk senaman.. best tu memang best tapi latihan dye yang banyak giler tu buat aku rasa pergerakan aku jadi lembut lak.. tapi bukan jadi bapuk! badan aku rase cam ringan jer time jalan, lenggang lenggok.. haha, tu sumer giler..

geng senam seni

ade yang lain cam kembara berhalangan.. aku sume okay sampai monkey bar.. aktau nape aku kantoi kat situ? tangan tak cukup kuat kot? ahh.. lantaklah.. yang penting tu semua aku lepas kecuali satu tu..

kalo nak kate yang aktiviti tali tinggi tu kat kem kitorang tak jadi buat, semuanya akibat ribut yang mengganas kat kem kitorang.. aku inga lagi time tu, 28 Febuari, time aku derma darah, bebudak lain buat latihan first aid.. ade satu bilik hancur kena hempap dahan pokok.. nasib baik takde orang kat bilik tu time tu.. bilik ape aku tak ingat. tapi hari tu jugak aku nyaris mati sebab waktu tu ade satu pokok kat sebelah bilik yang aku tido waktu tu [Gumum] tumbang kat arah bertentangan daripada bilik tu.. nasib baik.. kalo dye hempap bilik tu.. takdenye aku buat post ni..

yang ni aku tak ingat bilk ape yang aku tau Cikgu Loh duk kat sebelah bilik tu..

selain tu, aku kat sana boleh tahan gak lah menyibuk kalo ade lakon-berlakon nie, saja cari pengalaman.. setahu aku aku ade terlibat dengan cerita 'london boy' kat kelas sebagai watak utama [thanks kat sumer group aku time tu.. biarpun jadi benda lain kat ending cerita tu..], teater pasal keganasan manusia [kalau tak salah aku dia cerita pasal israel] yang di-conduct oleh orang Istana Budaya, dan Sejarah Melayu Melaka waktu pagi hari penutup kem. waktu tu aku ambik 4 watak: sultan, orang kampung, askar ,melayu dan pembesar [giler, dah jadi sultan pastu pembesar lak]. tak tau la kalo ade lagi watak lain, aku dah tak ingat dah.. lagi satu pentomin waktu persembahan malam gala .. waktu tu aku ambik watak sebagai tayar yang kelakar .. haha.. giler..

salah satu scene yang aku berlakon dalam teater pasal keganasan manusia.. aku yang terbaring tu..

sebelum aku lupa, kitorang sempai buat satu jer aktiviti air, berenang.. best gak tapi serabut.. berenang pakai kasut? aku yang tak reti berenang ngan kaki ayam pun susah, ni pulak pakai kasut.. aku nyaris kena benam kat tasik ngan cikgu Jeton sebab berenang merapu sangat asyik ketepi jer.. hehe..

muka-muka yang tak sabar nak kena humban dalam tasik

lagi? semestinya yang semua bebudak PLKN mau.. Menembak~!! selepas berlatih camner nak guna, jaga, dan sebagainya barulah kitorang leh menembak. senjata yang kitorang dapat cuma M16 dan 20 peluru hidup tak salah aku. semua orang dapat peluang keemasan nieh, sapa tak suka? sapa yang dapat markah terringgi dapat hadiah. setau aku orang yang dapat markah teringgi 89 kot? aku cuma dapat nombor bertuah jer.. 21.. mane taknye? starting je dah tembak papan sasar orang.. tapi ok lagila daripada menembak papan nombor.. haha, klaka betul..

Afiq [ustaz] ngan doule M16..

Khidmat komuniti? yes~!! time tulah kitorang dapat keluar daripada memerap kat dalam hutan yan seba kehijauan tu [sorry kepada yang tak berpeluang].. aku group apa eh? 9 kot..? tak kisahlah apepun dan setau aku group aku ade pergi memacm tempat daripada hospital sampai kem tentera. kat kem tentera kitorang dapat tengok segala kenderaan yang tentera guna sekiranya ada perperangan.. dapatlah gak merasa duduk kat semua trak, kereta kebal ngan kereta perisai..

nampak? nilah buktinya aku asyik hepi jer kat PLKN..

yes~ bab cinta or jiwang? mesti ada~!! tapi aku xde.. ahh.. sebab kes nilah aku dapat pengajaran supaya jangan gelabah dan cepat sket bila dapat target.. memandangkan takdela sangat cerita aku pasal ni, kita skip je eh?

time balik yang buat aku touching sket nie.. aku ingat lagi lepas kitorang abis malam gala kitorang sumer menangis nak berpisah.. wey, sape tak nangis time nak berpisah? yang aku ingat time tu kat bilik Kempas 2, kitorang wat parti abis-abisan.. nak ade kenangan lah konon.. tapi aku yang kena banyak~!! semua taknak tido konon nak abiskan mase memasing.. tu cadangan jer, sume tido lepas makan..

time paling touching lagi time nak blah naik bas.. sumer berpelukan laki perempuan.. sesama jantina lah.. semua duk sain baju sesama sendiri termasuk aku, bertukar-tukar nombor telefon dan sebagainya.. huh, memang touching.. selepas semaunya naik bas dan turun je daripada bas, semuanya berpisah mengikut hala tuju memasing..

p/s: weh budak delta [polaris], apa cerita korang sekarang?

in memories: all PLKN Tasik Chini Resort Kump. 1 Siri 6 2009.. especially bebudak Delta..

antara gambar yang aku dapat snatch daripada orang lain.. kebanyakannye ada kaitan ngan aku, so sorryla kalo gamba korang takde..

wira-wira Delta

Yasir ngan Fendi

Shafiq "midu"

yasir, fendi ngan afiq "chong"

antara member group aku time khidmat komuniti

yasir.. roomate aku kat Kempas 2

afiq "chong".. kitorang dah macam adik beradik dah kat situ.. asik buat kelakar sesame.. kitorang berkenalan pun atas sebab yang tak disangka..

achik.. member sekelas aku..

gambar ni antara shot yang paling aku suka.. ni gambar aku ngan salah satu kembar Tan..

aku ngan Muizz.. Aku cikgu die, die cikgu aku.. kiteorang ajar kelebihan kitorang sesama sendiri..
bergambar kat bawah trak.. dari kiri: Aku, Lan, Jannah ngan Ima..

Read On 0 comments

Time nak balik cuti Tahun Baru Cina~

5:42 PM
ah~ cuti dah start gak~ sume orang siap-siap nak blik. waktu ari start boleh balik [jumaat], 89% student balik umah meninggalkan kolej.. aku? haha.. tiket pun ari sabtu malam.. giler.. dah ler cafe
kelam-kabut cuti, masalahnyer time lepas semayang jummat sumer dah tutup~ aku nak makan ape?! nak tak nak terpaksa aku pegi Tesco ngan member aku cari stock ngan makan kat sana..

Malam~
lagilah~ aku tengok bilik banyak dah gelap.. baru nak maghrib.. sumner dah balik.. yang tinggal dan lepak ngan aku setau aku Afiq, Naem, Faroq, ngan Boy jer.. time malam sunyi gler tapi kesunyian tu dipecahkan oleh bunyi laptop naem maen Left 4 Dead 2.. haha.. kurang sket sunyi aku.. nasib baik aku ade beli komik.

pagi~
member aku sumer dah siap nak balik.. diorang dah abes packing dah.. aku? same gak.. tapi diorang blah awal dari aku.. diorang ade ajak aku keluar dengan diorang, tapi waktu tu kul 10.30 pagi.. xnak ah.. giler aku kuar skang.. tiket aku 12 jam jagi.. tapi time diorang nak tgu bas ade lak member aku tertinggal mouse ngan charger laptop die.. dah bwak laptop je balik umah watpe? seminggu lak tu..

dah siap packing.. tengok?

bye member ku~ jumpe lepas abis cuti nie~

petang~
aku kesunyian~ nasib baek Boy ader lepak ngan aku.. tapi lebihnye die mkan ngan tdo jer~ haha.. aku amek keputusan ajk Izwan lepak kat bilik aku dulu sblum aku blah. time Izwan lepak kat bilik aku tetiba Felo halau aku lak.. die kate nak kiteorg kene blah sblum kul 4 petang.. nasib aku nak blah waktu tu..

giler pack~ nasib baik aku dapat seat.

so aku amek keputusan blah kul 4.30 ptg. Izwan kate nk lepak ngan aku sebelum bas aku gerak. okla. nasib aku ade kawan cam Izwan. kiteorg cari topi izwan ngan pegi makan jap.. giler.. kat seharian aku x makan sebab cafe tutup. kat sehari lah jugak..

time slow2 kiteorg jalan2 kat Kajang tu, aku bampak satu muka familiar ngan aku.. Akmal! aku ade jumpe die waktu tengahari tadi, dia kate nak blah waktu tengah hari, tapi ape die wat kat sini?

Akmal

Malam~
pakcik konduktor bas yang pegi KL last kul 8 so aku ade mase sket lepak memendekkan waktu penungguan aku. jadi aku sambung lepak ngan member aku yang aku jumpa td. aku ade tanye Akmal ngan member dye kul brape korang gerak, pastu diorang cakap diorang gerak tengah malam g Johor wat assignment. giler? apsal korang blah awal? diorang cakap felo kasi duk dalam kamsis spai kul 1 ptg jer.. kul 1? xtau pun.. kot tu sbb aku kne halau..?

nak kul 8 dah, aku kena grak g Pudu dah ney. kang kalo xde bas mati aku~

thanks kat air nie (Cool Blog). tapi ni Izwan nyer.
aku nyer dah abes dah.

thanks also kat Izwan (kiri) ngan Akmal ngan membernye coz sudi lepak ngan aku.

8.30 malam~
bermulanyer penungguan aku untuk balik umah~ skang kul 8.30 mlm.. 2 jam lagi.. kat Pudu skang ramai giler orang.. biasalar.. balik cuti.. disebabkan ramai giler orang tempat tu jdi panas.. huh, plan aku skang nk cari air ngan komik ntuk lepak dlam 2 jam nie.

selepas abisnye beli barang yang aku caritu, aku cari port yang boleh aku lepak sambil bace komik.

aku pandang atas, ade ruang menunggu.. so aku pegi sana..


tengok, kosong jer.. apsal xde org nak duk sini? siap ade air-cond lagi..

setibanye aku sampai kat ruangan menunggu tu, aku trus kuarkan komik yang aku kumpulan sejak semalam.. ade 4 rasenye..



KReKO, Katekyo Hitman Reborn ngan Arena Komik [kali ni aku bertuah, dapat 7 ari awal berbanding keluaran lain]


10.30~
dangit~!! dah lambat ney! bas nk gerak kul 10.30 aku baru nak turun~ so aku turun ngan kelam-kabut gi kat platform~ platform aku kat no 14, so mner platform 14? aku nampak ade satu platform kene tutup antara platforn 13 ngan 15.. wadafak? aku rase cam kna tipu~ so aku lari trun ikut platform 15. aku nampak ade bas yang aku nak naik nak blah so aku kejar. but unfortunately tu bukabas aku~ cilaker.. so mner bas aku? operator kate bas aku lum spai lagi~ *huh* nasib baik..

nasib bukan bas aku~ tapi bas aku bler? dah lebih mase ney~!!

11.15 pm~
dangit~!! mner bas aku ney~!! kat sejam dah ney~!! 5 bas msuk platform tu tapi xde yg aku nk naik pn.. her.. aku rase tertipu lagi~

11.40++ pm~
heh~ bas baru sampai~ gler~ lame gak tggu~ dapat gak naik bas~ hehe~ jangkaan aku~ pkul 6.00 pagi sampai~

11.40? lbih sjam oi~

10.30 mlm.. tu yg tulis kat tket~ harga dah ah mhal~ claker
[nama syarikat terpaksa di'blur'kan atas alasan tertentu]

10.30 mlm~ tengok~!!

tiket aku ditukar ngan tiket baru daripada tiket yang buruk tu~

ramai gak terkandas~ mesti jadi cam aku~

Dalam bas~
*hrr~* sejuk giler~ apsal aku x bwak sweater?

4.45 pagi~
*suara drebar* "Saya tau ade 3 orang nk pegi Kemaman tapi naper baru sorang je turun? kalo xde saya gerak skang", tu je yang aku dengar waktu kepala aku ngah blur bngun tdo~ lepas aku dgar betul2 ayat drebar tu trus aku kuar bas~ aku tanye drebar aku kat ner, dye kate dah lepas The Store dah~ wadafak? setau aku pakcik yang duk sbelah aku kate nk trun The Store tapi aku ade bagitau aku nk trun sblum dye~ dah lar trun pastu xkjut aku lak~ chiest~ aku rase slah aku gak~ aku bajet spai kul 6 tapi 1.30 jam awal~ so aku trun jela~

tanpa pkir panjang, trus aku call mak aku~ "Mama, rezza dah tlepas jauh dah ney dari umah~ hehe~ leh amik x?". lepas aku call aku, aku perasan ade sorang brader trun sme ngan aku td duk menung sorang~ dye kate nk trun The Store tapi dah tlepas~ dye dari Labuan, name Mustaqim, budak MTD [baru form 4 tapi besar dari aku~ duh~] nak cari bapak dye kat Kemaman. Dye pnah pegi Kemaman 2 taun lepas so dye ingat2 lupe nk g umah bapak dye~ dye ingat jlan dri The Store jer~ so aku sembang jela ngan dye spai mak aku datang~

5 am~
"Sori nyusahkan mama~ hehe~".. mak aku senyum jer.. aku cakap mak aku ade bdak nk tumpang~ Mak aku tanyer dye nk g mner dye jyab nk trun the store nk cri umah bapak dye~ mak aku cakap dye nk anta brader tu kat umah dye trus~ sampai jer kat he store dye lpe lak cmner nk g umah bapak dye~ yang dye ingat cuma ade surau ngan taman~ aku ngan mama trus mncari~ kiteorg tpakse kjut pakcik aku yang duk kat kawasan tu gak tanya jalan.. lastly Mustaqim jpe gak umah bapak dye~ tapi umah yang dye jumpe tu rmh bujang~ yag dye bgtau aku bapak dye kawen laen (?). anyways, aku harap ko jumpa bapak ko Mustaqim~

lastly~
sampai gak umah ngan selamat~ Alhamdulillah sampai gak umah~
Read On 0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cre-a-tor

My photo
Male/ Mara Professional College in Higher National Diploma [Computer Software Development]

shout-vending Machine


ShoutMix chat widget

Reader tracks~


1Blogger Community

rezzaeffendi's Profile on Ping.sg 

Followers